PENGAJARAN

1. PERANAN POLITIK YANG BERTANGGUNGJAWAB

  • Ahli-ahli politik mestilah berhati-hati dalam ucapan dan tindakkan.Hal ini supaya mereka tidak akan menyentuh isu-isu yang sensitif seperti perkauman, budaya dan agama.
  • Selain itu, ahli politik juga perlu haruslah bijak agar dapat mengutamakan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan tidak memilih kasih. 
  • Mereka juga hendaklah bijak untuk membuat keputusan agar kehidupan rakyat tidak terjejas. 

2. KEADILAN SOSIAL DAN EKONOMI

  • Keadilan ekonomi sangat penting supaya semua kaum yang ada di negara ini merasa dilindungi, dihargai dan tidak dipinggirkan.Sekali gus dapat menaikan nama negara sebagai negara yang berbilang kaum.

  • Dengan mewujudkan program pembangunan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) ia dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
  • Selain itu, peluang pekerjaan haruslah diberikan keutamaan kepada rakyat terlebih dahulu berbanding orang luar agar tidak menimbulkan ketidakpuasan hati dan konflik 

3. KESTABILAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

i) Politik
  • Peristiwa 13 Mei mengajar kita bahawa politik mesti dijalankan dengan matang tanpa menyentuh isu sensitif kaum dan agama. Kepimpinan yang bijak amat penting untuk mengurus konflik serta memastikan kestabilan politik demi keamanan negara.
ii) Ekonomi
  • Dari segi ekonomi, tragedi ini menunjukkan betapa pentingnya usaha mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Kekayaan negara perlu diagihkan secara adil dan saksama supaya semua golongan masyarakat dapat menikmati pembangunan, sekaligus mengelakkan rasa tidak puas hati.


4. KEPENTINGAN TOLERANSI DAN PERSEFAHAMAN

i) Sosial
  • Dalam aspek sosial, peristiwa ini membuktikan bahawa perpaduan kaum perlu sentiasa dipelihara. Toleransi dan sikap saling menghormati antara kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian. Hanya dengan kerjasama semua kaum, kestabilan dan kesejahteraan masyarakat dapat dikekalkan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEJARAH HITAM