KETEGANGAN ANTARA KAUM

  1. KETEGANGAN KAUM ANTARA MELAYU DAN CINA AKIBAT ISU POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL 

Punca ketegangan kaum Melayu dan Cina sebelum tragedi 13 Mei 1969:

  • Politik: Orang Melayu bimbang kuasa politik mereka terancam selepas parti pembangkang yang disokong masyarakat Cina menang besar dalam PRU 1969.
  • Ekonomi: Orang Melayu merasa dipinggirkan kerana masih miskin dan tertumpu di luar bandar, manakala orang Cina berasa tidak diberi layanan adil walaupun mereka menguasai perniagaan di bandar.
  • Sosial: Pemisahan tempat tinggal dan pendidikan menyebabkan kurang pergaulan antara kaum sehingga mudah timbul salah faham dan curiga.

 Gabungan faktor ini mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

RUSUHAN

Tambahan pula, beberapa faktor lain turut menyumbang kepada tragedi ini, iaitu:

Sejarah Penjajahan British:
  • Dasar penjajahan British yang berasaskan “pecah dan perintah” telah menjadi salah satu punca utama kepada tragedi 13 Mei 1969. British memisahkan kaum mengikut lokasi, pekerjaan dan pendidikan. Orang Melayu tertumpu di luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian, orang Cina ditempatkan di kawasan bandar serta terlibat dalam perlombongan dan perniagaan, manakala orang India pula bekerja di ladang getah. Keadaan ini menyebabkan wujud jurang sosioekonomi yang besar dan hubungan antara kaum menjadi terbatas. Akibatnya, perpaduan kaum sukar diwujudkan kerana setiap kaum hidup secara terpisah dan tidak banyak berinteraksi antara satu sama lain.



Provokasi Politik Selepas PRU 1969:
  • Keputusan Pilihan Raya Umum 1969 turut mencetuskan ketegangan kaum. Parti pembangkang yang mendapat sokongan besar daripada masyarakat Cina telah mengadakan perarakan kemenangan secara besar-besaran. Dalam perarakan tersebut, berlaku ejekan, kata-kata penghinaan dan provokasi terhadap orang Melayu. Tindakan ini menimbulkan rasa marah dan tercabar dalam kalangan orang Melayu. Sebagai tindak balas, pertembungan antara penyokong parti politik yang berbeza telah berlaku sehingga akhirnya mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEJARAH HITAM