KEPUTUSAN PILIHAN RAYA

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 1969

  • Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 yang merupakan pilihan raya umum yang ke-3 sejak kemerdekaan Malaysia diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 dan kemudian di Malaysia Timur pada bulan yang sama. Oleh sebab Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum pada tahun 1964, pilihan raya ini merupakan kali pertama kedua-dua negeri Malaysia Timur ini menyertai pilihan raya umum. Dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat ditambah dari 104 kerusi sehingga 144 kerusi, iaitu satu kenaikan 38.5%.

PROSES PENGUNDIAN

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) mengalami kekalahan teruk apabila hanya mendapat 95 kerusi (66% Dewan Rakyat), berbanding 58.5% undi pada 1964 yang merosot kepada 49.3%. Parti pembangkang berjaya memperoleh 50.7% undi dan 49 kerusi, termasuk Gerakan, DAP, dan PPP (25 kerusi) serta PAS (12 kerusi).

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA

Selepas kemenangan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 12 Mei yang disertai provokasi perkauman. UMNO pula mengadakan perhimpunan balas pada 13 Mei, namun keadaan bertukar menjadi rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969.

Punca Keputusan Pilihan Raya Umum 1969 .

  • Dasar kerajaan Perikatan menimbulkan rasa tidak puas hati kaum bukan Melayu, khususnya dalam isu ekonomi, bahasa dan pendidikan. Pada masa yang sama, inflasi dan kos sara hidup yang meningkat menekan rakyat. Jurang sosioekonomi antara kaum semakin melebar sehingga mencetuskan ketegangan. Kemunculan parti-parti pembangkang seperti DAP, Gerakan dan PAS pula berjaya menawarkan alternatif baharu kepada rakyat, manakala Perikatan semakin lemah akibat perpecahan dalaman dan kehilangan sokongan pengundi Cina. Kesannya, Perikatan gagal mengekalkan majoriti besar di Parimen.

KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI DAN SOSIAL

Punca ketidakseimbangan ekonomi dan sosial:

  1.  Jurang pendapatan antara kaum – orang Melayu banyak bergantung pada pertanian luar bandar, manakala kaum Cina lebih maju dalam perniagaan dan bandar.
  2.  Peluang pekerjaan dan pendidikan tidak sama rata, menyebabkan golongan miskin sukar meningkatkan taraf hidup.
  3.  Dasar pembangunan awal lebih tertumpu di bandar, manakala kawasan luar bandar terus ketinggalan.
  4.  Pengagihan kekayaan tidak seimbang hingga menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEJARAH HITAM